12/01/2010

Sumbangan Dunia Islam Dalam Geografi dan Pelayaran

Sumbangan Dunia Islam Dalam Geografi dan Pelayaran. Ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi umat Islam, kerana dari ilmu inilah akan dapat diketahui di mana letaknya Makkah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat mereka menunaikan fardhu haji. Hasil daripada kesungguhan mereka mempelajari ilmu ini sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam berjaya sampai ke hujung selatan benua Afrika dan Bahagian Utara pula telah sampai ke Rusia.

Tokoh Geografi dan pelayaran Islam
 
Sulaiman

Buku pertama dalam bidang ini telah dihasilkan pada tahun 273H/851M. Buku ini memuatkan laporan-laporan perjalanan Sulaiman al-Tajir yang berasal dari Siraf, ke negeri China dan India. Sulaiman melaporkan bahawa orang China menggunakan cap jari sebagai tandatangan.
 
Thabit Ibn Qurrah (289H/901M)

Thabit Ibn Qurrah beliau telah menterjemahkan karya-karya Ptolemy berhubung dengan beberapa tempat di bumi berdasarkan letaknya Latitud dan Longitud.
 
Ibnu Khurdazbih

Ibnu Khurdazbih atau Ibn Khordadbeh, beliau berketurunan Parsi telah menghasilkan sebuah buku geografi yang amat bernilai pada tahun 232H/846M yang diberi judul "Kitab al Masalik wa al-Mamalik". Buku yang bernilai khusus tentang topografi ini dikatakan merupakan karya pertama dalam bidang ini yang ditulis secara bebas. Ia telah dipergunakan oleh Ibn Faqih, al-Maqdisi, Ibn Hawqal dan penulis-penulis geografi lain pada masa selepasnya.

Abu Abdullah Al-Battani (868- 929M)

Al-Battani dikenali di Barat dengan nama Albategnius. Beliau amat terkenal dalam bidang matematik dan astronomi. Penemuan beliau yang agung termasuklah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini, iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangen. Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad kedua belas di bawah tajuk De scienta stellerum — De numeris stellerum et motibus. Copernicus dalam bukunya, De Revolutionibus Orbium Clestium menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Al-Battani.
 
Ibnu Battuta (704 – 779H / 1304 – 1372M)

Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati yaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja, dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya. Beliau sangat meminati pelayaran dan pengembaraan dan telah menjelajah negara-negara Asia, Afrika dan Timur Eropa yang memakan jarak sejauh 120 ribu kilometer selama 38 tahun . Beliau sangat prihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, ia akan bertanya segala yang menyentuh pakaian, makanan, kebudayaan dan peralatan. Beliau pernah dilantik menjadi kadi di Delhi, India ketika mengembara di sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat. Pengembaraannya yang masyhur ialah pada 1/3 yang terakhir , ketika menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam. Selepas itu beliau menetap di Pas, Maghribi bagi mentafsirkan hasil pengembaraannya. Salah seorang dari penulis Dar al Ifta’ di Pas iaitu Mohd. Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur. Ada di kalangan pengkaji barat meragui sebahagian pengembaraan Ibn Batuta tetapi pendapat ini ditolak dan diakui oleh pengkaji yang lain. Pengembaraan Ibn Batuta disebarkan dalam buku “Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Ibnu Majid

Nama lengkap beliau ialah Sihabuddin Ahmad bin Majid bin Amr ad-Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husain bin Abi Ma'lak as-Sa'di bin Abi ar-Raka'ib an-Najdi. Tidak diketahui tanggal lahir dan kematiannya. Namun, beberapa sumber sejarah menyebut beliau hidup pada abad 9 H atau 15 M. Keluarga Ibnu Majid berasal dari daerah Gurun Nejd, Yaman.Lautan menjadi tempat yang tak asing bagi Ibnu Majid sejak kecil lagi. Beliau sering mengikuti pelayaran yang dilakukan ayahnya di kawasan Laut Merah. Ketika meningkat dewasa, pelayaran bersama kawan-kawannya dilakukan tidak hanya di kawasan Laut Merah, tetapi sudah melangkau Samudra Hindi. Penguasaannya ke atas kawasan Samudra Hindi mendorong dirinya membuat catatan-catatan khusus dalam bidang ini. Ayah Ibnu Majid sendiri telah merintis penulisan buku tentang pelayaran yang diberi judul al-Hijaziyya. Buku ini membahas tentang kondisi lautan sekitar kawasan Hijaz. Ibnu Majid pula mengikuti jejak ayahnya dengan menulis buku-buku tentang pelayaran yang lebih luas dan mendalam. Beberapa karangannya menjadi pedoman pelaut ketika itu dalam mengharungi samudra yang luas. Kepandaian Ibnu Majid dalam perhitungan pelayaran mencapai puncaknya ketika ia berhasil membuat kompas dengan 32 arah mata angin. Kompas yang jauh lebih baik daripada kompas buatan ahli-ahli pelayaran lain ketika itu, terutama orang Mesir dan Moroko yang merupakan bentuk awal kompas modern.

1 comments:

obat tradisional hernia anak said...

biasa juga si agan :D
informasi tidak boleh terlwatkan
sukses terus..


obat infeksi ulu hati.

Silahkan komentarnya gan sekalian tinggalin jejek tapi jangan nyepam nohope

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...